Monday, April 16, 2012

Puding Roti Dan Tat Buah

Views





Hai semua..rasanya sudah lama Lina tidak update blog ni. Ermmm..kalau tak update pun tak apakan, yelah blog Lina ni tak popular macam blog Lyssa, Ben Ashari , Yuyu dan blog-blog yang lain. Siapalah yang nak singgah dan follow (buat muka sedey).Kalau korang semua nak tahu, ada juga Lina ambil foto dari blog Ariya....hehehehehe..sebab dia pun update tentang puding yang sama.
Lina nak kongsikan dengan korang citarasa yang terbaru iaitu 
Puding Roti Dan Tat Buah!!



Kalau korang semua nak tahu, puding dan tat ni officemate Lina iaitu Kak Lin telah tempah dengan kawannya di laman blog. Pelbagai jenis kek dan juga puding korang boleh lihat kat blog ni. 
So, Lina order untuk pakej lunch dengan harga RM5 je.


Puding roti tersebut sangat lembut nak-nak bila dicurahkan dengan sos yang sangat lemak ke atas puding tersebut. Tat buah pula diletakkan buah anggur dan strawberi yang segar membuatkan Lina rasa bertambah selera. Bagi siapa-siapa yang diet bolehlah mengambil makanan sebegini.
Korang patut cuba taw...







Saturday, April 14, 2012

Ayam Berlada

Views




Sebenarnya "Ayam Berlada" adalah resepi daripada makcik Lina. Makanan ni arwah nenek Lina suka sangat makan. So lepas arwah nenek meninggal dunia..jaranglah makcik Lina masak lauk ni. 
Terasa jugalah nak makan lauk ni, Lina pun cuba masak mengikut resepi yang makcik Lina bagi. Tak adalah susah mana pun..senang je . Kalau korang nak cuba masakan ni Lina boleh bagitahu cara-caranya. Ni bukan resepi turun temurun pun..so, tak ada masalah kalau Lina nak kongsikan dengan korang semua. 
Bahan-bahan yang diperlukan adalah ayam yang siap dipotong. Bawang merah,bawang putih dan juga cili padi dikisar halus. Selain dari itu, bahan yang diperlukan seperti garam, sos tiram dan juga serbuk kunyit untuk menambahkan rasa. 

Cara untuk menyediakannya mudah saja. Mula-mula sekali mestilah panaskan minyak. Apabila minyak sudah panas, tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Bila tumisan tadi sudah mula garing, masukkan sedikit sos tiram, kunyit serbuk dan juga garam secukup rasa. Akhir sekali, korang masukkan pula ayam. Biarkan ayam tadi sampai betul-betul masak..jika ayam lambat masak korang masukkan sedikit air. Kemudian, bila ayam sudah masak korang bolehlah hidangkan bersama nasi panas. 
Makan beramai-ramai dengan keluarga korang..memang best!!!!
SELAMAT MENCUBA....







Sunday, April 8, 2012

Nasi Goreng Ayam Golek

Views




Hai semua..terima kasih sebab sudi singgah dekat blog Lina ni. Lina ada imformation sikitlah...kali ni Lina jarang akan update masakan yang Lina masak. Bukan lagi "Diari Masakan Si Lina" tapi  "Diari Citarasa Si Lina". Nak tahu sebab apa? Sebabnya Lina jarang masak...hehehehe. Bukanlah Lina tak masak langsung, cuma kadang-kadang Lina sibuk dengan kerja sampai tak sempat nak masak. Jawabnya Lina tapau kat luar atau makan kat kedai jelah. Kalau korang nak tahu, Lina memang jenis kaki jalan. Cakap je kat mana ada tempat makan yang best confirm Lina pergi. Bagi siapa yang kaki jalan juga, bolehlah rasa pelbagai makanan dan suasana tempat tu sendiri. 



Next kita ke tempat yang Lina nak kongsikan dengan korang kali ni. Tempat ni Lina rasa taklah susah sangat nak cari. Bagi siapa yang tinggal di negeri Melaka comfirm jumpa punyalah. Tempat yang Lina maksudkan tu adalah Dataran Pahlawan Melaka. Korang masuk dalam banggunan Dataran Pahlawan Melaka dan pergi ke tingkat 2 ada FoodCourt. Di situ ada gerai menjual ayam golek dan juga nasi ayam. Bukan je ada jual nasi ayam, apa yang korang nak makan ada jual kat area situ. Time ni Lina order ayam golek dan nasi goreng cili padi untuk 4 orang makan. Korang pula bolehlah order ikut suka berapa banyak korang nak makan..hehehehe. Yang penting sediakan money je...



Memang best giler makan dekat situ...Tak rugi pun kalau korang datang dan rasa masakan ni. Bagi yang tinggal di kawasan luar Melaka, Lina rasa pasti korang tahu di mana letaknya Dataran Pahlawan yang Lina maksudkan. Harga pula korang tidak perlu risau sangat sebab semua harga dekat situ sangat berpatutan. Tidak sia-sia kalau dari jauh singgah sini dengan harga makanan yang sangat murah. Minuman pula Lina order air dragon fruit..errrmmmm...memang terbaikkkk!!! Oklah, pada korang yang ingin rasa ayam golek tu, jangan lepaskan peluang. Cepat gerak sekarang, takut nantu kempunan pula. 






P/S Lina : Amacam nampak menyelerakan tak?? Apa lagi komenlah sikit sayang oi...

Saturday, April 7, 2012

Ketupat Goreng Yummy!!!

Views



Hari ini Lina ada banyak masa di rumah. So, Lina nak masak makanan yang agak simple iaitu "Ketupat Goreng ". Mungkin ada diantara korang yang tahu makanan ni dan ada juga tidak tahu. Bagi yang tidak pernah dengar dan tidak tahu bagaimana hendak sediakan ketupat goreng ni, Lina akan tunjukkan. Kalau korang semua nak tahu, sebenarnya masyarakat berbangsa Cina juga gemarkan makanan seperti ini. Cuba korang pergi ke pasar-pasar malam, pasti korang dapat lihat uncle berbangsa Cina kebanyakkannya menjual ketupat goreng ini. So, hari ini chef Lina akan memulakan masakan "Ketupat Goreng" tersebut. Let's go!!!



uuuuu...sangat menyelerakan taw..hehhehehe


Untuk bahan-bahan masakkan yang diperlukan untuk menu hari ini, Lina tak perlukan banyak dan bahan ini semua memang mudah diperolehi. Bahan yang paling penting korang perlu ada ialah ketupat rebus ataupun nasi impit yang telah dipotong kecil. Selain dari itu, korang perlu sediakan telur, cili boh yang telah dikisar bersama bawang merah dan putih, kicap, sos cili dan juga minyak masak. Lagi satu Lina nak pesan pada korang semua, kalau nak buatkan ketupat goreng tu lagi best...korang boleh gantikan cili boh tadi dengan sambal ikan bilis ataupun apa-apa sambal yang ada. So, korang tidak perlu ambil masa yang lama untuk tunggu cili boh tu garing.



Dengan penuh semangat makan ketupat goreng tuuu...



Bila korang lihat pinggan tu licin paham sendirilah ye...


Ok, sekarang Lina nak tunjukkan cara untuk sediakan ketupat goreng ni. Sangat simple dan tidak perlu mengambil masa sampai 1/2 jam. Mula-mula sekali panaskan kuali dan minyak masak. Minyak masak tu korang letak 2 sudu teh pun dah ok. Kemudian masukkan pula cili boh dan sambal yang korang suka . Bagi yang gunakan cili boh, korang hendaklah tumis sampai cili tadi garing dan yang guna sambal pula korang cuma  hangatkan sebentar. Lepas tu korang pecahkan telur ke dalam kuali mengikut berapa biji yang korang inginkan sambil kacau telur tadi hingga hancur. Setrusnya, letakkan sedikit kicap dan sos cili sucukup rasa. Akhir sekali, masukkan ketupat @ nasi impit dan kacau bersama-sama bahan tadi sehingga sebati.
Dah siap!!! Sekarang korang bolehlah hidangkan untuk makan bersama keluarga tersayang.







P/S Lina - Korang boleh gantikan telur tadi dengan ayam ataupun daging. 
SELAMAT MENCUBA!!!!


Friday, April 6, 2012

Nasi Goreng Ikan Masin & Telur Bungkus

Views


Restoran " Nasi Briyani Johor" adalah tempat yang Lina serang untuk makan tengahari tadi. Nama je nasi briyani Johor tapi restoran tersebut terletak di Merlimau, Melaka. Semua makanan dekat sini memang menyelerakan. Tiba-tiba hari ini Lina dan officemates terasa nak lunch di restoran Nasi Briyani tu. Selalunya kami semua akan lunch di kantin je, maklumlah dapat makan free. Disebabkan masing-masing nak tukar selera makan, Lina pun ok je. Waktu lunch kitorang 1 jam so, sempatlah nak habiskan makanan. 
Perut Lina time ni memang dah lapar giler sebab pagi tadi Lina makan roti canai je.
So apa lagi...rombongan Cik Kiahlah jawabnya!!!!





Haaa..inilah menu Lina lunch tadi. Tanpa segan silu Lina order "Nasi Goreng Ikan Masin dan Telur Bungkus". Minuman pula Lina perkena Jus Tembikai. Memang tangkap lelehhh...Officemates Lina order Nasi Goreng Cili Padi dan Nasi Briyani Ayam. Harga korang tidak perlu risau kerana semuanya sangat berpatutan.
Korang boleh lihat sebahagian harga dekat bawah ni..







Amacam dengan harga kat atas tu? ok lah kan..rasanya korang mampu nak makan dari hari-hari sebat Mcd boleh je..hehehehe





Korang lihatlah semua pinggan licin. Memang kitorang kuat makan. Sebijik nasi pun tiada yang tinggal dalam pinggan masing-masing. Pada tuan punya restoran, tak payah penat-penat nak cuci pinggan sebab Pn. Roslin, Pn Semele, Pn. Bahariah, Cik Ariya, Cik Azni dan juga Cik Shila sudah bereskan..hehehehe
So, kitorang balik office dengan perot kembung.







Sunday, April 1, 2012

Resepi 7 - Ayam Masak Lemak Cili Api

Views



SI LINA - Hari ini Lina nak masak masakan yang sangat istimewa iaitu "Ayam Masak Lemak Cili Api". Bukan senang sebenarnya nak masak masakan ni..kalau tidak betul-betul kena dengan caranya boleh membuatkan kuah lemak tu cair ataupun dipanggil pecah lemak. So, semasa masak lauk ni..Lina sentiasa jaga kuah tu dan api tidak terlalu kuat. Jangan ingat Lina tak pandai masak masakan jenis macam ni ok.  Apa jenis masakan pun Lina boleh masak taw..cuma rasa je lah tak tahu sedap ke tak..hehehehe. Apa pun rasanya, yang penting bila makan lauk tu habis..jangan pandang sebelah mata!!


SI PENGKRITIK - Sekarang giliran pengkritik punya kerja untuk rasa masakan Si Lina ni. Pengkritik kata masakan Lina ni ok cuma, kuahnya terlalu pedas. maklumlah si pengkritik kita ni kurang makan makanan yang pedas..ada je komplennya... huhuhu. Kalau Lina tak buat pedas bukan masak lemak cili api namanya ye tak? Bagi rasa garam dan asam pula ok semua cukup...sampai berpeluh-peluh si pengkritik nak tahan rasa pedas yang teramat tu.  Markah yang Lina dapat dari pengkritik cuma 88% je sebab tak kena dengan citarasa Si Pengkritik. Lepas ni Lina kena masak masakan yang kurang pedas pula nampaknya...alahaiiii....


BAHAN-BAHAN :
  1. Ayam
  2. Halia
  3. Bawang besar
  4. Cili api
  5. Asam jawa
  6. Garam
  7. Santan
  8. Air
  9. Serbuk kunyit
  10. Gula pasir
  11. Kentang

CARA MEMASAK :

1. Pertama sekali, kisarkan halia,bawang besar dan juga cili api.

2. Masukkan pula bahan yang dikisarkan tadi ke dalam periuk bersama-sama dengan santan, air, serbuk kunyit dan juga asam jawa sedikit.

3. Kemudian baru nyalakan api dan kacau kuah perlahan-lahan sehingga mendidih.

4. Apabila kuah sudah mendidih.... masukkan garam, gula secukup rasa dan juga kentang.

5. Masukkan pula ayam

6. Biarkan sekejap hingga ayam tadi masak dan...SIAP!!!



P/S Si Lina :- Pastikan api korang tu tidak terlalu kuat dan kuah hendaklah sentiasa dikacau ok. Takut nanti santan kuah lemak tu pecah pula....SELAMAT MENCUBA!!!









Sunday, March 25, 2012

Resepi 5 - Ayam Masak Sambal Tomato

Views








SI LINA- Hai korang..apa khabar? Lina doakan agar semuanya dalam keadaan sihat ye. Ok, jom kita teruskan pada resepi Lina kali ni. Kalau korang nak tahu, yang sebenarnya mula-mula Lina nak masak rendang ayam. Tapi tak tahu macam mana boleh jadi sambal tomato pula... hehehehe... Mana taknya, bila Lina dah siap tumis semua bahan tiba-tiba Lina buka peti sejuk santan dah habis. Apa lagi menggigil kepala otak Lina jap. Aduhh...apa Lina nak masak untuk cover balik masakan Lina ni. Tiba-tiba Lina dapat idea nak letak sos cili. Heheheeh..dah jadi sambal tomato, tapi rasa tak tahu lagi macam mana. Tu kena tunggu komen pengkritik..


SI PENGKRITIK- Mula -mula tu Lina rasa cuak jugalah nak bagi pengkritik makan. Yelah..buat-buat bila makan sakit perut kena cirit-birit ke, Lina juga yang susah hati. Tapi si pengkritik dah tak tahan sangat lapar, nak tak nak Lina bagi jugalah dia makan. Lina lihat pengkritik makan slumber je..sepatah haram bunyi pun tak ada. Lina risau juga takut si pengkritik marah sebab masak lama sangat sampai perut dah berbunyi keroncong.  Lina pun samalah tak bunyi sepatah haram jadah. Bila selesai je makan, pengkritik siap jilat jari...dan tiba-tiba kata SEDAP!!! Peeergghh..lega rasanya hati ni. Dia bagi Lina 90% markah..hehehehe



BAHAN-BAHAN :
  1. Ayam
  2. Cili boh
  3. Bawang putih
  4. Bawang merah
  5. Serbuk kunyit
  6. Air sedikit
  7. Gula pasir
  8. Garam
  9. Minyak 
  10. Sos tomato

CARA MEMASAK:
  1. Panaskan minyak
  2. Tumiskan bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar
  3. Bila dah naik bau masukkan pula cili boh dan juga serbuk kunyit
  4. Masukkan gula pasir secukup rasa
  5. Bila cili dah cukup garing masukkan ayam mentah beberapa ketul mengikut berapa banyak korang nak. 
  6. Masukkan sedikit air bagi memudahkan ayam tadi cepat masak.( time ni la santan plak tak ada)
  7. Agak-agak ayam dah cukup masak masukkan pula garam secukup rasa
  8. Akhir sekali masukkan pula sos tomato.
  9. Biarkan sekejap dan...SIAP!!!


So,tunggu apa lagi..senang je kot nak masak resepi ni. SELAMAT MENCUBA!!










Saturday, March 24, 2012

Resepi 4 - Spageti Ala Timur

Views





SI LINA- Tiba-tiba hari ni tekak Lina nak makan spageti la plak..apa lagi, tanpa melengahkan masa Lina buka peti sejuk kot-kot ada bahan nak buat spageti. Sekali lihat tup-tup spageti ada tapi sos spageti sudah habis da..Tapi Lina tak kisah pun sebab ada bahan lain yang boleh digantikan dengan sos spageti. Elok sangat lah bila Lina selongkar peti sejuk ada ikan bilis,telur dan juga cili padi. Selalunya bahan-bahan ni kita gunakan untuk masak nasi gorengkan? Tapi Lina buat rencah untuk spageti. Itu sebablah Lina letak nama resepi Lina kali ni "Spageti Ala Timur"..hehehehe. Memang sedap taw..belum cuba belum tahu!!!


SI PENGKRITIK- Kali ni si pengkritik Lina makan laju giler la..sebab lapar katanya, sampai tak sempat Lina nak snap gambar . Aiisshhh..tak syok la macam ni ye tak..tak dapat nak lihat gaya aksi makan si pengkritik kali ni. Tapi tak apa, pengkritik sempat juga nak komen masakan Lina ni. Dia kata hiasan memang menarik sampai tak sabar nak makan. Rasa pun ok,sedap tapi pedas gilerrr!! maklumlah dia tak kuat pedas..hehehehe. Patutlah Lina tengok peluh dengan air hidung keluar bagai air hujan yang turun lebat. Hahaha..kesian pengkritik kita. So, dapatlah Lina 94% markah..kira oklah tu!!!


BAHAN-BAHAN :
  1. Spageti
  2. Bawang putih
  3. Ikan bilis
  4. Cili padi
  5. Minyak masak
  6. Telur
  7. Sos tiram
CARA MEMASAK :
  1. Rebus spageti mengikut masa yang telah ditetapkan pada paket spageti korang tu. 
  2. Panaskan minyak.
  3. Tumis bawang putih, cili padi dan juga ikan bilis yang telah ditumbuk.
  4. Masukkan pula telur beberapa biji yang korang nak  dan kacau sehingga sebati dengan bahan yang korang tumis tadi (pastikan telur kacau sampai hancur)
  5. Masukkan pula sedikit sos tiram ( kalau tawar masukkan sedikit garam)
  6. Akhir sekali masukkan spageti yang direbus tadi dan gaulkan dengan bahan-bahan di atas sehingga sebati dan...SIAP!!!



P/S : Korang boleh gantikan telur dengan ayam atau apa-apa yang korang nak ok. Hiasan kat atas spageti pula, Lina letak serbuk lada hitam biar lagi terangkat..hehehehe.. SELAMAT MENCUBA!!!










Monday, March 19, 2012

Resepi 6 - Nugget Da Vinci

Views




SI LINA- Hai korang...hari ni Lina tak berapa sihat. Nak masak pun rasa tak larat je nak bangun. Lina ingatkan nak beli je kat kedai. Lagi pun Lina makan dengan suami je kot bukan ada orang lain pun. Tapi tak tahu angin apa yang datang, si suami kata dia nak masak. Orait la tu..dapat juga Lina rasa masakan si suami dan manja-manja sikit. hehehehe...Biasalah lelaki kalau masak kalau tak bersepah dan riuh tak sah. Nasib baiklah dalam peti sejuk Lina ada kentang,nugget dan juga telur. Sekali si suami masak western food da...hehehehe





SI PENGKRITIK- Ni yang tak sabar..selalunya pengkritik adalah si suami. Kali ni Si Lina pula yang nak kritik. hehehehe...Ala, bukan susah sangat pun nak masak resepi ni. Goreng dengan letak sos je...sungguh senang. Lina lihat makanan depan mata macam mengeliurkan je..bila dah rasa tu Lina pun komen la. Rasa nugget ok, telur pun ok. Cuma satu je yang tak berapa nak ok..kentang goreng tu hangus sikit. Tapi still sedap...Tahniah ye si suami sebab anda dapat markah dari saya 95%. Lepas ni bolehlah masak lagi...

BAHAN-BAHAN :
  1. Minyak
  2. Nugget
  3. Kentang segera
  4. Telur
  5. Sos cili
  6. Mayonis

CARA MEMASAK :
  1. Mula-mula panaskan minyak
  2. Goreng nugget,kentang segera dan juga telur
  3. Bila korang dah siap goreng semua bahan tadi, korang susunlah dalam pinggan.
  4. Letakkan mayonis dan sos cili berapa banyak yang korang suka. SIAP!!!

Senang macam kacang goreng je nak buat resepi ni..so, bagi kaum adam lepas ni bolehlah masak untuk ambil hati isteri ye..SELAMAT MENCUBA!!










Friday, March 16, 2012

Resepi 3 - Sosej Masak Kicap

Views


SI LINA- Hello..hello..nak kopi ke milo?..cheewahhh!!! Bergurau pula Si Lina ni ye..Apa salahnya bergurau sekali sekala,boleh hilangkan tension di kepala. Haaa..macam mana dengan masakan Resepi 1 & 2 Lina tu? korang dah cuba masak ke belum...kalau belum baik korang cuba kalau tidak menyesal nanti...hehehehe...Sekarang Lina nak kongsikan pada korang resepi Lina yang ke 3 pula. Bila korang baca tajuk post Lina kali ni, "Sosej Masak Kicap" mesti korang rasa pelik betul tak? Soalan yang akan keluar dari mulut korang "Ada ke sosej masak kicap?"..."Apa rasa tu?"..Sedap ke tak?"... samalah dengan rakan2 dan keluarga Lina. Itulah special dan lainnya masakan Lina ni. Orang lain tak buat tapi Lina buat. Dengar macam, pelik tapi bila dah makan..SEDAP!!! Kalau dekat rumah mak mentua korang jangan masak resepi ni pula,nanti tak pasal2 korang kena membebel. Malu oooo...hehehehehe





SI PENGKRITIK- Bab ni yang Lina paling takut. Tengoklah muka pengkritik yang kecil dan comel tu. muka dia dah macam nak marah Lina tu. habislah Lina kena kutuk kaw...kaw..punya. hehehehe...kalau korang nak tahu, itulah anak perempuan Lina. Adelia Marissa namanya..umur dia 7 bulan tapi perangai macam orang besar. huhuhu.. Haaaa...sekarang pengkritik yang sebenar nak rasa. Bila dia dah rasa hati Lina mula lajulah berdegup-degup. Last-last pengkritik kata masakan Lina sedap..sampai menjilat jari. Fuhhh!! lega terus hati ni...Markah yang Lina dapat 98%. Kira oklah tu..janji makan pinggan licin mey..hehehehe..Kalau korang nak tahu,masakan nilah yang paling senang nak masak taw.





RESEPI- Bagi sesiapa tidak pernah cuba dan nak sangat cuba masakan terbaru dari Lina ni,korang boleh try ok. Apa salahnya kita rasa masakan lain dari yang lain pula. 

Bahan-bahan : 
  1. Sosej (tak kiralah berapa banyak korang nak masak)
  2. Bawang besar 
  3. Cili boh 
  4. Minyak
  5. Air
  6. Kicap
  7. Soso tiram


Cara memasak :
  1. Rebus sosej tadi
  2. Panaskan minyak masak
  3. Masukkan 1 sudu teh cili boh..tunggu sampai naik bau dan garing.
  4. Masukkan sedikit sahaja air
  5. Masukkan pula kicap dan sos tiram
  6. Masukkan bawang besar yang telah dihiris
  7. Last sekali masukkan sosej yang telah direbus tadi
  8. Biarkan sekejap dan...SIAP!!!


Macam mana? senang je nak masak resepi ni kan..apa lagi bolehlah cuba. SELAMAT MENCUBA!!!








Sunday, March 11, 2012

Resepi 2 - Maggie Kari Special

Views

SI LINA - Hai korang..apa macam dengan resepi pertama Lina? Hehehehe..senang je kan resepi dan cara nak masaknya. Kalau jenis orang yang suka masak masakan yang simple bolehlah masak lauk ayam tu. Oklah,sekarang ni Lina nak kongsi plak dengan korang masakan yang kedua iaitu Maggie Kari Special. Mesti korang gelak dan cakap Lina ntah apa-apa kan sebab masak maggie je..hehehehe..tak apalah janji perut kenyang. Maggie ni memang mudah nak masak..budak kecil pun boleh masak sendiri. Bagi korang yang hidup bujang tu memang dah terror lah masak maggie kan..maklumlah duduk umah sewa tak ada masa nak masak macam-macam..maggie pun jadi. Tadi Lina sempat masak maggie je sebab nak keluar teman si suami pergi game bowling. Apa yang ada Lina masak jelah..huhuhuhu


SI PENGKRITIK - Haaa..tengok tu si pengkritik kita kemain hirup lagi maggie tu..hehehehe..tak tahulah sedap ke tak..orang dah lapar tak sedap pun dia makan juga. Kesian pada si suami makan maggie jelah kita hari ni ye..Tapi Lina beryukur sangat sebab si suami tak kisah dan cerewet pun. Korang nak tahu tak apa komen pengkritik kita? Dia cakap maggie Lina ni kurang masin ada tawar sikit...dia memang kuat masin. Lina rasa masa masak tadi ok je, tak masin dan tak tawar. Hehehehe..orang bagi komen kita menjawab plak yek! Lagi pengkritik cakap ayam tu ok je..sedap dan yang lain semua ok. Markah yang dia bagi cuma 90% je..huhuhu...


RESEPI LINA - Jom lihat apa resepi yang Lina letak sampai jadi specialnya maggie ni..(taklah special man pun) hehehehehe

Bahan-bahan :
  1. Dah tentunya maggie dan perencah kari maggie
  2. Air
  3. Sos Cili
  4. Serbuk kari
  5. Ayam
  6. Sos tiram
  7. Kicap
  8. bawang putih dan bawang merah
  9. minyak masak
  10. Telur


Cara memasak :

Maggie
  1. Mula-mula panaskan kuali
  2. Masukkan sedikit minyak masak
  3. Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris
  4. Bila dah naik bau,masukkan pula air mengikut berapa paket maggie yang korang masak
  5. masukkan pula perencah kari maggie,sos cili dan juga serbuk kari sedikit.
  6. Dah mendidih kuah tadi masukkan pula maggie
  7. Lepas tu masukkan telur biarkan masak kejap dan...SIAP!!!
Sekarang Lina nak bagitahu resepi ayam yang Lina letak atas maggie tu..

AYAM
  1. Mula-mula sekali perapkan ayam dengan sos tiram dan kicap selamat 5 minit
  2. Panaskan minyak
  3. Goreng ayam tersebut
  4. Dah siap dan letaklah atas maggie


Senang je kan masak maggie ni..tak sampai setengan jam pun dah siap.Apa lagi cubalah resepi Lina yang tak berapa nak special ni..hehehehe..SELAMAT MENCUBA!!








Friday, March 9, 2012

Resepi 1 - Ayam Masak Sambal Kicap

Views

SI LINA - Selamat hari sabtu semua..hari ni mesti korang semua sedang happy berkumpul dengan family tersayang kan..maklumlah hari cuti,masa nilah kita nak eratkan lagi siratulrahim dengan family. Pada yang bekerja hari ni tak apa esok kan ada masa lagi ye tak. Oklah Lina tak nak membebel banyak sangat nak trus ke masakan Lina yang tak berapa nak power!! huhuhu..Korang dah baca tajuk kat atas tu kan? Haaa..hari ni Lina masak lauk Ayam Masak Sambal Kicap. Pernah dengar tak? kalau pernah dengar baguslah..bagi yang tak pernah dengar macam nilah rupa masakan tu..hehehehe..senang je masak lauk ni kejap je dah siap..kalau nak try masak kenalah baca sampai habis....




SI PENGKRITIK - Gambar lelaki yang tak macho tp encem kat atas ni ialah hubby Lina. Dia adalah pengkritik masakan Lina..hehehehe..dah tak ada orang si dia pun jadilah. Bila Lina bagi si pengkritik rasa masakan Lina,jantung ni rasa berdebar juga. Yelah takot termuntah plak dia rasa masakan tu..huhuhu..tapi nasib baik dia bagi komen yang bernas dan agak baik. Dia kata masakan Lina ni sedap,tak berapa pedas,ayam pun masak,manis pun ada dan meleleh....heheheh..markah yang si Pengkritik bagi  95%...jadilah Lina oi....





RESEPI - Kalau bagi siapa yang terasa nak buat masakan ni Lina akan bagitaw cara-caranya dan bahan yang di perlukan..

Bahan-bahan :
  1. Ayam
  2. Cili kering yang dikisar
  3. Bawang merah yang dikisar
  4. Sos cili
  5. kicap
  6. Cili padi
  7. Bawang besar yang dihiris


Cara memasak :
  1. Panaskan minyak dan goreng ayam terlebih dahulu
  2. Selepas itu angkat ayam tadi dan toskan.
  3. Tumis pula cili dan bawang besar yang dikisar tadi.
  4. Bila dah naik bau dan mula garing masukkan sedikit air biarkan sekejap.
  5. Kemudian masukkan sedikit sos cili dan kicap secukup rasa
  6. Masukkan pula bawang besar dan cili padi yang dihiris tadi.
  7. Last sekali masukkan pula ayam goreng dan biarkan sekejap..dan SIAP!!!
Bila dah siap bolehlah hidangkan untuk keluarga tersayang...SELAMAT MENCUBA!







Thursday, March 8, 2012

Diari Masakan Si Lina

Views
The Dash Dolls'xo


Hai..blog ni Lina buat untuk update segala masakan yang Lina buat untuk family. Tak kiralah masakan Lina ni sedap ke tak janji bila makan habis..hehehehe. Masakan Lina ni lain sikit sebab Lina akan masak apa yang ada je dalam peti ais Lina tu. Nasiblah kalau tinggal telur je ke..kira masakan Lina ni boleh dipanggil MASAKAN ALA CINCAI lah orang kata..hehehehe. Start pada hari Sabtu ni Lina akan mula update satu masakan dalam blog ni. Tapi hari Isnin hingga Jumaat Lina update kat blog Kak Nam Kepohh!!. nanti kalau korang nak kongsikan masakan korang pada Lina dan nak Lina cuba masak resepi korang tu boleh tinggalkan pesanan dalam kotak komen Lina kat bawah tu..Ok lah tunggu pada hari Sabtu ni ok..Masakan yang pertama akan muncul..huhuhu...







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...