SI LINA- Hai korang..apa khabar? Lina doakan agar semuanya dalam keadaan sihat ye. Ok, jom kita teruskan pada resepi Lina kali ni. Kalau korang nak tahu, yang sebenarnya mula-mula Lina nak masak rendang ayam. Tapi tak tahu macam mana boleh jadi sambal tomato pula... hehehehe... Mana taknya, bila Lina dah siap tumis semua bahan tiba-tiba Lina buka peti sejuk santan dah habis. Apa lagi menggigil kepala otak Lina jap. Aduhh...apa Lina nak masak untuk cover balik masakan Lina ni. Tiba-tiba Lina dapat idea nak letak sos cili. Heheheeh..dah jadi sambal tomato, tapi rasa tak tahu lagi macam mana. Tu kena tunggu komen pengkritik..
SI PENGKRITIK- Mula -mula tu Lina rasa cuak jugalah nak bagi pengkritik makan. Yelah..buat-buat bila makan sakit perut kena cirit-birit ke, Lina juga yang susah hati. Tapi si pengkritik dah tak tahan sangat lapar, nak tak nak Lina bagi jugalah dia makan. Lina lihat pengkritik makan slumber je..sepatah haram bunyi pun tak ada. Lina risau juga takut si pengkritik marah sebab masak lama sangat sampai perut dah berbunyi keroncong. Lina pun samalah tak bunyi sepatah haram jadah. Bila selesai je makan, pengkritik siap jilat jari...dan tiba-tiba kata SEDAP!!! Peeergghh..lega rasanya hati ni. Dia bagi Lina 90% markah..hehehehe
BAHAN-BAHAN :- Ayam
- Cili boh
- Bawang putih
- Bawang merah
- Serbuk kunyit
- Air sedikit
- Gula pasir
- Garam
- Minyak
- Sos tomato
CARA MEMASAK:- Panaskan minyak
- Tumiskan bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar
- Bila dah naik bau masukkan pula cili boh dan juga serbuk kunyit
- Masukkan gula pasir secukup rasa
- Bila cili dah cukup garing masukkan ayam mentah beberapa ketul mengikut berapa banyak korang nak.
- Masukkan sedikit air bagi memudahkan ayam tadi cepat masak.( time ni la santan plak tak ada)
- Agak-agak ayam dah cukup masak masukkan pula garam secukup rasa
- Akhir sekali masukkan pula sos tomato.
- Biarkan sekejap dan...SIAP!!!
So,tunggu apa lagi..senang je kot nak masak resepi ni. SELAMAT MENCUBA!!
No comments:
Post a Comment
Sila TEGUR masakan saya ni..
Tinggalkan komen anda di sini
SATU pun jadilah!!