SI LINA- Hai korang...hari ni Lina tak berapa sihat. Nak masak pun rasa tak larat je nak bangun. Lina ingatkan nak beli je kat kedai. Lagi pun Lina makan dengan suami je kot bukan ada orang lain pun. Tapi tak tahu angin apa yang datang, si suami kata dia nak masak. Orait la tu..dapat juga Lina rasa masakan si suami dan manja-manja sikit. hehehehe...Biasalah lelaki kalau masak kalau tak bersepah dan riuh tak sah. Nasib baiklah dalam peti sejuk Lina ada kentang,nugget dan juga telur. Sekali si suami masak western food da...hehehehe
SI PENGKRITIK- Ni yang tak sabar..selalunya pengkritik adalah si suami. Kali ni Si Lina pula yang nak kritik. hehehehe...Ala, bukan susah sangat pun nak masak resepi ni. Goreng dengan letak sos je...sungguh senang. Lina lihat makanan depan mata macam mengeliurkan je..bila dah rasa tu Lina pun komen la. Rasa nugget ok, telur pun ok. Cuma satu je yang tak berapa nak ok..kentang goreng tu hangus sikit. Tapi still sedap...Tahniah ye si suami sebab anda dapat markah dari saya 95%. Lepas ni bolehlah masak lagi...
BAHAN-BAHAN :- Minyak
- Nugget
- Kentang segera
- Telur
- Sos cili
- Mayonis
CARA MEMASAK :
- Mula-mula panaskan minyak
- Goreng nugget,kentang segera dan juga telur
- Bila korang dah siap goreng semua bahan tadi, korang susunlah dalam pinggan.
- Letakkan mayonis dan sos cili berapa banyak yang korang suka. SIAP!!!
Senang macam kacang goreng je nak buat resepi ni..so, bagi kaum adam lepas ni bolehlah masak untuk ambil hati isteri ye..SELAMAT MENCUBA!!
No comments:
Post a Comment
Sila TEGUR masakan saya ni..
Tinggalkan komen anda di sini
SATU pun jadilah!!