Hai semua..terima kasih sebab sudi singgah dekat blog Lina ni. Lina ada imformation sikitlah...kali ni Lina jarang akan update masakan yang Lina masak. Bukan lagi "Diari Masakan Si Lina" tapi "Diari Citarasa Si Lina". Nak tahu sebab apa? Sebabnya Lina jarang masak...hehehehe. Bukanlah Lina tak masak langsung, cuma kadang-kadang Lina sibuk dengan kerja sampai tak sempat nak masak. Jawabnya Lina tapau kat luar atau makan kat kedai jelah. Kalau korang nak tahu, Lina memang jenis kaki jalan. Cakap je kat mana ada tempat makan yang best confirm Lina pergi. Bagi siapa yang kaki jalan juga, bolehlah rasa pelbagai makanan dan suasana tempat tu sendiri.
Next kita ke tempat yang Lina nak kongsikan dengan korang kali ni. Tempat ni Lina rasa taklah susah sangat nak cari. Bagi siapa yang tinggal di negeri Melaka comfirm jumpa punyalah. Tempat yang Lina maksudkan tu adalah Dataran Pahlawan Melaka. Korang masuk dalam banggunan Dataran Pahlawan Melaka dan pergi ke tingkat 2 ada FoodCourt. Di situ ada gerai menjual ayam golek dan juga nasi ayam. Bukan je ada jual nasi ayam, apa yang korang nak makan ada jual kat area situ. Time ni Lina order ayam golek dan nasi goreng cili padi untuk 4 orang makan. Korang pula bolehlah order ikut suka berapa banyak korang nak makan..hehehehe. Yang penting sediakan money je...
Memang best giler makan dekat situ...Tak rugi pun kalau korang datang dan rasa masakan ni. Bagi yang tinggal di kawasan luar Melaka, Lina rasa pasti korang tahu di mana letaknya Dataran Pahlawan yang Lina maksudkan. Harga pula korang tidak perlu risau sangat sebab semua harga dekat situ sangat berpatutan. Tidak sia-sia kalau dari jauh singgah sini dengan harga makanan yang sangat murah. Minuman pula Lina order air dragon fruit..errrmmmm...memang terbaikkkk!!! Oklah, pada korang yang ingin rasa ayam golek tu, jangan lepaskan peluang. Cepat gerak sekarang, takut nantu kempunan pula.
P/S Lina : Amacam nampak menyelerakan tak?? Apa lagi komenlah sikit sayang oi...
No comments:
Post a Comment
Sila TEGUR masakan saya ni..
Tinggalkan komen anda di sini
SATU pun jadilah!!