Monday, April 16, 2012

Puding Roti Dan Tat Buah

Views





Hai semua..rasanya sudah lama Lina tidak update blog ni. Ermmm..kalau tak update pun tak apakan, yelah blog Lina ni tak popular macam blog Lyssa, Ben Ashari , Yuyu dan blog-blog yang lain. Siapalah yang nak singgah dan follow (buat muka sedey).Kalau korang semua nak tahu, ada juga Lina ambil foto dari blog Ariya....hehehehehe..sebab dia pun update tentang puding yang sama.
Lina nak kongsikan dengan korang citarasa yang terbaru iaitu 
Puding Roti Dan Tat Buah!!



Kalau korang semua nak tahu, puding dan tat ni officemate Lina iaitu Kak Lin telah tempah dengan kawannya di laman blog. Pelbagai jenis kek dan juga puding korang boleh lihat kat blog ni. 
So, Lina order untuk pakej lunch dengan harga RM5 je.


Puding roti tersebut sangat lembut nak-nak bila dicurahkan dengan sos yang sangat lemak ke atas puding tersebut. Tat buah pula diletakkan buah anggur dan strawberi yang segar membuatkan Lina rasa bertambah selera. Bagi siapa-siapa yang diet bolehlah mengambil makanan sebegini.
Korang patut cuba taw...







Saturday, April 14, 2012

Ayam Berlada

Views




Sebenarnya "Ayam Berlada" adalah resepi daripada makcik Lina. Makanan ni arwah nenek Lina suka sangat makan. So lepas arwah nenek meninggal dunia..jaranglah makcik Lina masak lauk ni. 
Terasa jugalah nak makan lauk ni, Lina pun cuba masak mengikut resepi yang makcik Lina bagi. Tak adalah susah mana pun..senang je . Kalau korang nak cuba masakan ni Lina boleh bagitahu cara-caranya. Ni bukan resepi turun temurun pun..so, tak ada masalah kalau Lina nak kongsikan dengan korang semua. 
Bahan-bahan yang diperlukan adalah ayam yang siap dipotong. Bawang merah,bawang putih dan juga cili padi dikisar halus. Selain dari itu, bahan yang diperlukan seperti garam, sos tiram dan juga serbuk kunyit untuk menambahkan rasa. 

Cara untuk menyediakannya mudah saja. Mula-mula sekali mestilah panaskan minyak. Apabila minyak sudah panas, tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Bila tumisan tadi sudah mula garing, masukkan sedikit sos tiram, kunyit serbuk dan juga garam secukup rasa. Akhir sekali, korang masukkan pula ayam. Biarkan ayam tadi sampai betul-betul masak..jika ayam lambat masak korang masukkan sedikit air. Kemudian, bila ayam sudah masak korang bolehlah hidangkan bersama nasi panas. 
Makan beramai-ramai dengan keluarga korang..memang best!!!!
SELAMAT MENCUBA....







Sunday, April 8, 2012

Nasi Goreng Ayam Golek

Views




Hai semua..terima kasih sebab sudi singgah dekat blog Lina ni. Lina ada imformation sikitlah...kali ni Lina jarang akan update masakan yang Lina masak. Bukan lagi "Diari Masakan Si Lina" tapi  "Diari Citarasa Si Lina". Nak tahu sebab apa? Sebabnya Lina jarang masak...hehehehe. Bukanlah Lina tak masak langsung, cuma kadang-kadang Lina sibuk dengan kerja sampai tak sempat nak masak. Jawabnya Lina tapau kat luar atau makan kat kedai jelah. Kalau korang nak tahu, Lina memang jenis kaki jalan. Cakap je kat mana ada tempat makan yang best confirm Lina pergi. Bagi siapa yang kaki jalan juga, bolehlah rasa pelbagai makanan dan suasana tempat tu sendiri. 



Next kita ke tempat yang Lina nak kongsikan dengan korang kali ni. Tempat ni Lina rasa taklah susah sangat nak cari. Bagi siapa yang tinggal di negeri Melaka comfirm jumpa punyalah. Tempat yang Lina maksudkan tu adalah Dataran Pahlawan Melaka. Korang masuk dalam banggunan Dataran Pahlawan Melaka dan pergi ke tingkat 2 ada FoodCourt. Di situ ada gerai menjual ayam golek dan juga nasi ayam. Bukan je ada jual nasi ayam, apa yang korang nak makan ada jual kat area situ. Time ni Lina order ayam golek dan nasi goreng cili padi untuk 4 orang makan. Korang pula bolehlah order ikut suka berapa banyak korang nak makan..hehehehe. Yang penting sediakan money je...



Memang best giler makan dekat situ...Tak rugi pun kalau korang datang dan rasa masakan ni. Bagi yang tinggal di kawasan luar Melaka, Lina rasa pasti korang tahu di mana letaknya Dataran Pahlawan yang Lina maksudkan. Harga pula korang tidak perlu risau sangat sebab semua harga dekat situ sangat berpatutan. Tidak sia-sia kalau dari jauh singgah sini dengan harga makanan yang sangat murah. Minuman pula Lina order air dragon fruit..errrmmmm...memang terbaikkkk!!! Oklah, pada korang yang ingin rasa ayam golek tu, jangan lepaskan peluang. Cepat gerak sekarang, takut nantu kempunan pula. 






P/S Lina : Amacam nampak menyelerakan tak?? Apa lagi komenlah sikit sayang oi...

Saturday, April 7, 2012

Ketupat Goreng Yummy!!!

Views



Hari ini Lina ada banyak masa di rumah. So, Lina nak masak makanan yang agak simple iaitu "Ketupat Goreng ". Mungkin ada diantara korang yang tahu makanan ni dan ada juga tidak tahu. Bagi yang tidak pernah dengar dan tidak tahu bagaimana hendak sediakan ketupat goreng ni, Lina akan tunjukkan. Kalau korang semua nak tahu, sebenarnya masyarakat berbangsa Cina juga gemarkan makanan seperti ini. Cuba korang pergi ke pasar-pasar malam, pasti korang dapat lihat uncle berbangsa Cina kebanyakkannya menjual ketupat goreng ini. So, hari ini chef Lina akan memulakan masakan "Ketupat Goreng" tersebut. Let's go!!!



uuuuu...sangat menyelerakan taw..hehhehehe


Untuk bahan-bahan masakkan yang diperlukan untuk menu hari ini, Lina tak perlukan banyak dan bahan ini semua memang mudah diperolehi. Bahan yang paling penting korang perlu ada ialah ketupat rebus ataupun nasi impit yang telah dipotong kecil. Selain dari itu, korang perlu sediakan telur, cili boh yang telah dikisar bersama bawang merah dan putih, kicap, sos cili dan juga minyak masak. Lagi satu Lina nak pesan pada korang semua, kalau nak buatkan ketupat goreng tu lagi best...korang boleh gantikan cili boh tadi dengan sambal ikan bilis ataupun apa-apa sambal yang ada. So, korang tidak perlu ambil masa yang lama untuk tunggu cili boh tu garing.



Dengan penuh semangat makan ketupat goreng tuuu...



Bila korang lihat pinggan tu licin paham sendirilah ye...


Ok, sekarang Lina nak tunjukkan cara untuk sediakan ketupat goreng ni. Sangat simple dan tidak perlu mengambil masa sampai 1/2 jam. Mula-mula sekali panaskan kuali dan minyak masak. Minyak masak tu korang letak 2 sudu teh pun dah ok. Kemudian masukkan pula cili boh dan sambal yang korang suka . Bagi yang gunakan cili boh, korang hendaklah tumis sampai cili tadi garing dan yang guna sambal pula korang cuma  hangatkan sebentar. Lepas tu korang pecahkan telur ke dalam kuali mengikut berapa biji yang korang inginkan sambil kacau telur tadi hingga hancur. Setrusnya, letakkan sedikit kicap dan sos cili sucukup rasa. Akhir sekali, masukkan ketupat @ nasi impit dan kacau bersama-sama bahan tadi sehingga sebati.
Dah siap!!! Sekarang korang bolehlah hidangkan untuk makan bersama keluarga tersayang.







P/S Lina - Korang boleh gantikan telur tadi dengan ayam ataupun daging. 
SELAMAT MENCUBA!!!!


Friday, April 6, 2012

Nasi Goreng Ikan Masin & Telur Bungkus

Views


Restoran " Nasi Briyani Johor" adalah tempat yang Lina serang untuk makan tengahari tadi. Nama je nasi briyani Johor tapi restoran tersebut terletak di Merlimau, Melaka. Semua makanan dekat sini memang menyelerakan. Tiba-tiba hari ini Lina dan officemates terasa nak lunch di restoran Nasi Briyani tu. Selalunya kami semua akan lunch di kantin je, maklumlah dapat makan free. Disebabkan masing-masing nak tukar selera makan, Lina pun ok je. Waktu lunch kitorang 1 jam so, sempatlah nak habiskan makanan. 
Perut Lina time ni memang dah lapar giler sebab pagi tadi Lina makan roti canai je.
So apa lagi...rombongan Cik Kiahlah jawabnya!!!!





Haaa..inilah menu Lina lunch tadi. Tanpa segan silu Lina order "Nasi Goreng Ikan Masin dan Telur Bungkus". Minuman pula Lina perkena Jus Tembikai. Memang tangkap lelehhh...Officemates Lina order Nasi Goreng Cili Padi dan Nasi Briyani Ayam. Harga korang tidak perlu risau kerana semuanya sangat berpatutan.
Korang boleh lihat sebahagian harga dekat bawah ni..







Amacam dengan harga kat atas tu? ok lah kan..rasanya korang mampu nak makan dari hari-hari sebat Mcd boleh je..hehehehe





Korang lihatlah semua pinggan licin. Memang kitorang kuat makan. Sebijik nasi pun tiada yang tinggal dalam pinggan masing-masing. Pada tuan punya restoran, tak payah penat-penat nak cuci pinggan sebab Pn. Roslin, Pn Semele, Pn. Bahariah, Cik Ariya, Cik Azni dan juga Cik Shila sudah bereskan..hehehehe
So, kitorang balik office dengan perot kembung.







Sunday, April 1, 2012

Resepi 7 - Ayam Masak Lemak Cili Api

Views



SI LINA - Hari ini Lina nak masak masakan yang sangat istimewa iaitu "Ayam Masak Lemak Cili Api". Bukan senang sebenarnya nak masak masakan ni..kalau tidak betul-betul kena dengan caranya boleh membuatkan kuah lemak tu cair ataupun dipanggil pecah lemak. So, semasa masak lauk ni..Lina sentiasa jaga kuah tu dan api tidak terlalu kuat. Jangan ingat Lina tak pandai masak masakan jenis macam ni ok.  Apa jenis masakan pun Lina boleh masak taw..cuma rasa je lah tak tahu sedap ke tak..hehehehe. Apa pun rasanya, yang penting bila makan lauk tu habis..jangan pandang sebelah mata!!


SI PENGKRITIK - Sekarang giliran pengkritik punya kerja untuk rasa masakan Si Lina ni. Pengkritik kata masakan Lina ni ok cuma, kuahnya terlalu pedas. maklumlah si pengkritik kita ni kurang makan makanan yang pedas..ada je komplennya... huhuhu. Kalau Lina tak buat pedas bukan masak lemak cili api namanya ye tak? Bagi rasa garam dan asam pula ok semua cukup...sampai berpeluh-peluh si pengkritik nak tahan rasa pedas yang teramat tu.  Markah yang Lina dapat dari pengkritik cuma 88% je sebab tak kena dengan citarasa Si Pengkritik. Lepas ni Lina kena masak masakan yang kurang pedas pula nampaknya...alahaiiii....


BAHAN-BAHAN :
  1. Ayam
  2. Halia
  3. Bawang besar
  4. Cili api
  5. Asam jawa
  6. Garam
  7. Santan
  8. Air
  9. Serbuk kunyit
  10. Gula pasir
  11. Kentang

CARA MEMASAK :

1. Pertama sekali, kisarkan halia,bawang besar dan juga cili api.

2. Masukkan pula bahan yang dikisarkan tadi ke dalam periuk bersama-sama dengan santan, air, serbuk kunyit dan juga asam jawa sedikit.

3. Kemudian baru nyalakan api dan kacau kuah perlahan-lahan sehingga mendidih.

4. Apabila kuah sudah mendidih.... masukkan garam, gula secukup rasa dan juga kentang.

5. Masukkan pula ayam

6. Biarkan sekejap hingga ayam tadi masak dan...SIAP!!!



P/S Si Lina :- Pastikan api korang tu tidak terlalu kuat dan kuah hendaklah sentiasa dikacau ok. Takut nanti santan kuah lemak tu pecah pula....SELAMAT MENCUBA!!!









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...